Random Post: Recommended Reading
RSS .92| RSS 2.0| ATOM 0.3
  • Home
  • About
  • Directories
  • Download
  • Guestbook
  • Links
  • Resources
  • Infaq
  •  

    Pengeluaran Pelaburan KWSP

    February 17th, 2008

    kwsp

    Bermula 1 Februari, anda boleh membuat pengeluaran untuk pelaburan ke dalam amanah saham menurut cara pengiraan kelayakan yang terbaru. Berbanding sebelum ini, anda hanya layak membuat pelaburan jika telah mempunyai sekurang-kurangnya RM 50,000 di dalam Akaun 1. Tetapi sekarang anda layak untuk melabur jika telah mencapai had minimum simpanan asas dalam Akaun 1 yang telah ditetapkan mengikut umur, tanpa perlu menunggu hingga jumlah mencapai RM 50,000.

    Jadual di bawah menunjukkan had minimum simpanan asas mengikut umur. Had minimum simpanan asas ini bermaksud jumlah simpanan minimum yang perlu dikekalkan dalam Akaun 1, setelah anda membuat pengeluaran.

    KWSP table

    Asas pengiraan untuk pengiraan pengeluaraan adalah:

    Jumlah yang boleh dikeluarkan = (Jumlah dalam Akaun 1 - Had minimum asas mengikut umur) x 20%

    Contohnya Ali, berumur 25 tahun dan mempunyai RM 14,000 dalam Akaun 1, akan layak mengeluarkan sebanyak:

    = (RM 14,000 - RM 9,000) x 20%

    = RM 9,000 x 20%

    = RM 1,000

    = bermakna Ali layak untuk mengeluarkan RM 1,000 untuk pelaburan.

    Penerangan lebih lanjut boleh didapati daripada link KWSP dibawah :

    http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm…

    Atau lebih mudah klik link di sini untuk download kalkulator pengiraan kelayakan dalam bentuk excel.  (Password: iplanner)


    Dividen Tabung Haji 7%

    February 6th, 2008

    Tabung Haji telah mengumumkan dividen sebanyak 7% bagi tahun berakhir 2007, mencatat peningkatan berbanding dividen tahun 2006 yang hanya memberi pulangan sekadar 4.25%.

    Walaupun kadar ini masih tidak dapat menyaingi pulangan amanah-amanah saham berteras syariah yang tahun lepas kebanyakannya mencatat pulangan melebihi 20%, namun ianya adalah lebih tinggi daripada pulangan GIA (General Investment Account) bank-bank Islam dan juga pulangan akaun mudharabah. Dan kadar ini adalah yang tertinggi bagi dividen Tabung Haji sejak 7 tahun yang lalu.

    Kadar Dividen Tahunan Tabung Haji :

    Tahun Dividen (%)
    2001 3.25
    2002 3.5
    2003 4
    2004 4.3
    2005 4.5
    2006 4.75
    2007 7


    Kad Debit di Pasaran : Macam-macam Ada!

    February 3rd, 2008

    Tak dapat menahan godaan apabila berbelanja menggunakan kad kredit? Penyelesaiannya hanya satu: gunakan kad debit. Kad debit adalah alternatif terbaik bagi mereka yang tidak mahu terjebak dengan hutang kad kredit, di samping dapat mengelakkan riba di dalam kad kredit konvensional. Antara jenis dan pilihan kad debit yang ada di Malaysia adalah:

    Kad ATM (dengan logo Visa / Mastercard)

    Kad debit ini merupakan kad ATM yang boleh berfungsi sebagai kad debit. Kelebihannya, kad debit ini mempunyai ‘link‘ terus dengan akaun bank anda dan wang akan ditolak terus dari akaun jika digunakan.

    Kad Debit / Kad Prepaid

    Yang ini pula, merupakan kad debit jenis ‘standalone‘, bermakna x perlu buka akaun bank, dan juga proses untuk mendapatkannya lebih mudah.

    Anda boleh ‘top-up’ melalui bank, FPX, pejabat pos, kiosk, 7-Eleven dan lain-lain.

    Kad ATM Bankcard

    Kini hampir semua kad ATM bank-bank tempatan telah dilengkapi dengan fungsi Bankcard. Fungsi ini dinamakan e-Debit dan kad ATM anda boleh digunakan sebagai kad debit. Pada masa sekarang penerimaan kad ATM Bankcard ini masih belum meluas seperti kad debit Visa / Mastercard. Rujuk kepada cawangan bank anda jika anda masih mempunyai kad ATM yang tiada logo Bankcard.


    Hong Kong, an Islamic Banking Hub?

    February 1st, 2008

    China Bank

    In coming months, Hong Kong Chief Executive Donald Tsang will visit Middle East and other parts of Asia to convince borrowers and investors that the Chinese city is the best place to issue Islamic bonds (sukuk).

    The move sees Hong Kong following Malaysia footsteps, which for years has been encouraging Islamic finance. More recently, Dubai and even London have been building on their respective strength to attract Islamic cash.

    Experts say Hong Kong could emerge swiftly as a strong contender because its business-savvy legislature can quickly implement necessary regulation. The former UK colony has a transparent legal system, a simple tax code and a concentration of international banks. - Source: Asia Inc.

    Now, even a non-Muslim country such as Hong Kong know the advantage of the Islamic finance and have an effort to implement it, and even have the potential to become the hub of of Islamic banking. So why not us, as a Muslim to embrace, give our support and make use of the Islamic finance and banking services in our country. Please check, if we still using conventional savings account, conventional credit cards, investment and loans, its time to change.


    Dinar Emas vs Wang Fiat ?

    January 31st, 2008

    Dinar Emas adalah antara alternatif untuk kita menggantikan sistem wang kertas (wang fiat) yang banyak menjurus kepada riba. Idea penggunaan Dinar Emas pernah diketengahkan oleh Tun Mahathir sebagai matawang antarabangsa bagi negara-negara Islam, bagi mengelakkan pergantungan kepada USD (Dollar Amerika) yang kerapkali tidak stabil dan menyebabkan krisis ekonomi. Namun idea ini terhenti begitu saja setelah beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

    Apakah Wang Fiat?

    Wang Fiat adalah wang kertas yang dihasilkan tanpa sandaran kepada emas, dan juga wang perakaunan seperti cek dan duit elektronik. Dengan sistem ini maka wujudlah “money creation“, di mana bank boleh memberikan pinjaman dengan jumlah yang berganda-ganda melebihi simpanan yang ada.

    Klik link di bawah untuk melihat animasi mengenai sejarah wang fiat :

    http://video.google.com/videoplay?docid=-9050474362583451279

    Kelebihan Dinar Emas

    Antara kelebihan Dinar Emas adalah emas tidak terkesan dengan inflasi, nilai yang stabil, dan ada nilai intrisik tersendiri. Untuk menghasilkan Dinar Emas ini emas perlu dilombong dan ditempa terlebih dahulu.

    Wang kertas fiat pula sebenarnya bernilai sifar, ianya hanya dibezakan angka-angka yang tercetak di atasnya. Bank-bank sentral di dunia mengaut keuntungan besar kerana kos mencetak wang kertas yang amat minima berbanding nilai yang tertulis di atas wang tersebut.

    Masalah Dinar Emas

    Buat masa ini penggunaan Dinar Emas sebagai matawang adalah agak sukar dilaksanakan disebabkan perundangan antarabangsa yang melarang sebarang urusan perdagangan menggunakan emas (sebagai “legal tender“).
    Dinar Kelantan
    Dinar Emas di Malaysia

    Pada 20 September 2006, negeri Kelantan telah melancarkan Dinar Emasnya sendiri yang dikenali sebagai Dinar Kelantan. Terdapat 3 dominasi iaitu 1/4, 1/2, dan juga 1 dinar. Walaupun tidak dapat dijadikan matawang, namun Dinar Kelantan ini masih boleh digunakan sebagai mas kahwin, hadiah, pembayaran zakat, harta cagaran, simpanan pelaburan dan juga urusniaga persendirian, di mana terdapat sesetengah kedai-kedai dan hotel di Kelantan yang menerima dinar ini. Selain itu Bank Negara Malaysia juga ada mengeluarkan syiling emas yang dikenali sebagai Kijang Emas.


    Recommended Reading

    January 29th, 2008

    Buku Wang, Anda dan Islam

    Wang, Anda dan Islam. Tajuk yang amat simple dan ringkas, akan tetapi inilah buku yang bagi saya sepatutnya dibaca oleh semua umat Islam yang ingin mengesahkan urusan kewangan mereka agar berlandaskan syariah dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

    Isi buku ini mencakupi isu jual beli dalam Islam, jenis-jenis riba, kad kredit, perbezaan bank Islam dan konvensional, takaful dan insurans, kerjaya, pelaburan dan isu-isu semasa seperti MLM dan lain-lain. Mungkin terdapat sesetengah bab yang nampak detail dan berat, tetapi ianya bagi memberikan kefahaman sebenar terhadap produk dan kaedah perbankan Islam, dan insya-Allah mudah difahami.

    Buku ini boleh dibeli dari penulis buku ini sendiri dari laman webnya www.zaharuddin.net atau di kedai-kedai buku utama seperti MPH dan Times. Dan buku ini diterbitkan oleh TrueWealth Publishing, yang sebelum ini banyak menghasilkan buku-buku “Bestseller” seperti buku-buku Azizi Ali.

    Tajuk : Wang, Anda dan Islam
    Pengarang : Ustz. Zaharuddin Abd Rahman
    Penerbit : True Wealth Publishing
    Harga : RM 29.90

    Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

    * Zaharuddin Abd Rahman, Pensyarah Kulliyah Ekonomi UIA dan juga Penasihat Syariah Luaran RHB Islamic Bank Berhad.

    Dan juga akan diadakan sessi bertemu penulis dan penerangan ringkas mengenai kandungan buku di MPH Midvalley MegaMall, jam 2 petang, 3 Februari 2008. Bersama-sama kita serbu MPH ye!


    Bahaya Berhutang

    July 9th, 2007

    Rasulullah s.a.w ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksudnya : “Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia”.

    Dan dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi, Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud:
    Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

    Oleh itu hindarkanlah diri kita tergolong dari orang-orang yang berhutang dan melengah-lengahkan pembayaran hutang.

    Agama Islam menyuruh umatnya supaya berlaku sederhana dalam segenap aspek kehidupan seharian. Dan dengan kesederhanaan ini kita akan sentiasa merasa cukup dan berpada dengan yang ada. Suasana ini akan dapat menghindarkan diri kita daripada berhutang.

    Rasulullah s.a.w tidak suka umatnya membiasakan berhutang. Dalam pandangan Islam hutang adalah merupakan kesusahan di malam hari dan suatu penghinaan di siang hari. Dan sememangnya ianya terbukti pada zaman sekarang, di mana ramai orang yang menghadapai kesulitan disebabkan hutang kad kredit dan juga ‘along’…

    Justeru itu Rasulullah s.a.w selalu berdoa kepada Allah s.w.t supaya terhindar dari berhutang. Doa baginda yang bermaksud : ”Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai orang lain”.


    Gaji Belum Naik, Harga Naik Dulu!

    June 17th, 2007

    Baru saje keluar berita nak naik gaji, harga barang dah naik. (Milo Ais = naik sampai RM 1.80 !). Kenaikan harga barang ini bolehlah kita kaitkan dengan inflasi. Inflasi berlaku apabila, ‘kuasa beli’ yang semakin berkurangan, berbanding dengan harga barang/perkhidmatan yang semakin meningkat.

    Kita ambil contoh mudah:

    Pada tahun 1981, Ahmad tamat pengajian sebagai seorang graduan dan berjaya mendapat kerja di KL dengan gaji RM1,600 sebulan. Selepas beberapa bulan kemudian Ahmad membeli sebuah kereta import Mazda pada harga RM17,000 dan kemudiannya mendapatkan pembiayaan membeli rumah teres setingkat berharga RM78,000.

    Hari ini, (iaitu 25 tahun kemudian), anak Ahmad telah pun tamat pengajian di universiti. Gaji permulaannya adalah RM1,800, hanya lebih sedikit daripada ayahnya pada 25 tahun dahulu.

    Tapi keadaan kini adalah berbeza dengan 25 tahun dahulu, kereta import rata-rata mencecah RM100,000 ke atas. Oleh itu Bakar memilih untuk membeli kereta nasional pada harga RM45,000 (lebih dua kali ganda daripada apa yang dibayar oleh ayahnya 25 tahun dahulu!). Bilamana ayahnya mampu membeli rumah setelah beberapa bulan bekerja, Bakar terpaksa mengumpul wang terlebih dahulu, memandangkan kos membeli rumah di KL memerlukan sekurang-kurangnya RM200,000.

    Inilah yang kita boleh simpulkan sebagai inflasi, kuasa beli berkurangan, dan dijangka ianya akan berterusan. Di kawasan bandar, inflasi mampu mencapai sehingga 6% setahun.

    Dan apabila anda tidak membuat perancangan seawal mungkin untuk persediaan bersara, sememangnya anda bakal menemui masalah apabila bersara kelak, memandangkan kos sara hidup semakin meningkat disebabkan inflasi. Menurut kajian rata-rata wang KWSP habis dibelanjakan dalam masa 3 tahun sahaja selepas kita bersara. Dan faktanya, kebanyakan daripada kita tidak akan mampu bersara dan terpaksa bekerja kembali jika tidak mempunyai simpanan tambahan.

    Seharusnya kita mempunyai persediaan secukupnya untuk persaraan, lebih-lebih lagi dengan inflasi yang semakin meningkat untuk 10 - 20 tahun yang akan datang. Mungkin kita boleh membuat simpanan di dalam amanah saham (yang Islamik), mahupun membuat pelaburan hartanah yang dapat memberi pulangan dari segi kutipan sewa (cash flow).

    inflasi
    *Ilustrasi yang menunjukkan sepinggan hidangan berharga RM20 pada masa sekarang akan meningkat sehingga RM64 pada 20 tahun akan datang.


    Understanding Mudarabah

    May 21st, 2007

    Mudarabah is a contract between a capital provider and an entrepeneur, in a partnership contract. The capital provider or known as Rabb al Mal will provide the full amount of capital upfront to the entrepeneur (Mudarib). And the resultants profit will be shared according to a pre-determined profit sharing ratio by both parties.

    Generally there are 2 types of Mudarabah, that is restricted (Muqayyadah), and unrestricted (Mutlaqah).

    In restricted Mudarabah, the capital provider imposes certain restrictions as to where, how and for what purpose his funds are to be invested. As for unrestricted Mudarabah, the capital provider authorizes the Mudarib to use or to invest the fund in a manner which he deems appropriate without laying down any restrictions as to where, how and for what purpose the funds should be invested.

    GIA (General Investment Account) is one of the example of Mudarabah partnership you can find nowadays. Most of Islamic bank in Malaysia providing this General Investment Account for its customer. In GIA, the account holder will be capital provider, and the Islamic bank as a Mudarib.


    Ukhwah.com :: Top Blog

    Azharian's Topsite

    search i-Planner

    AddThis Feed Button

    Add to Google


    Add to Technorati Favorites

    technorati this!

    eXTReMe Tracker